1. Saya menyeru kepada semua rakyat Perak menjadikan tahun 2013 dijadikan Tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .
2.Arahtuju negara semenjak permulaan abad ke-21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang.
3. Media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media yang mengguna Wang Rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat. Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung. Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh "kerajaan yang memerintah" merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.
4. Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang.
5. Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa; kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan; akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang dan tidak dihormati di kacamata dunia .
6. Saya menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara.
7. Hijrah Bota! Rakyat bangkit, Bota berubah!
No comments:
Post a Comment