Wednesday 9 January 2013

Menolak agama sebagai pemandu politik adalah punca kemungkaran dalam pemerintahan .

1. Kami menegaskan isu Amanat ini bukan sahaja tidak wajar didebatkan seperti yang dilakukan oleh mereka yang ghairah mempertahankan kuasa, malah ia sepatutnya dilihat sebagai pemisah antara faham sekular dan faham Islam. Soal bagaimana politik harus kembali ditundukkan kepada agama adalah isu yang lebih asasi untuk diketengahkan.

2. Kini yang perlu ditentukan ialah bagaimana kefahaman yang salah mengenai politik dan agama perlu diperbetulkan. Menolak agama sebagai pemandu politik adalah punca kemungkaran dalam pemerintahan. Memisahkan agama dari politik adalah punca umat berpecah secara politik kepartian.

3. Kami menuntut agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Jika kesediaan memberi penjelasan terhadap isu Amanat ini mahu diberi oleh Presiden Pas itu, maka hendaklah ia disambut dengan positif. Tidak perlu dikenakan syarat. Dengan itu diharapkan isu ini tidak akan menajamkan lagi persengketaan antara umat.

No comments:

Post a Comment