Tuesday 30 April 2013

Semakin hari Bota semakin berubah

Rakyat Bota semakin menyahut panggil dan seruan ke arah perubahan. Semakin hari semakin ramai yang menyatakan pendirian untuk menyokong Pakatan Rakyat termasuk ahli-ahli UMNO yang semakin kecewa dengan sikap pemimpin atasan UMNO yang masih tidak mahu berubah.

Setiap pertemuan yang saya hadiri di setiap pelusuk di DUN Bota saya mendengar suara hati para pengundi yang menyebut tentang sinar baru di bumi Bota yang bertuah ini.

Ayuh semua rakan taulan sahabat handai dan lebih utamanya kaum kerabat yang dikasihi. Saya dapat merasakan bahawa kita semua mahukan sentuhan perubahan yang dapat mengembalikan maruah insaniah di bumi bertuah.