Saturday 26 January 2013

Kami Peduli Derita Ummat - Jom Bantu Sahabat Patani


HKR 112 Adalah Pencetus "Malaysia Spring"

1. Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah diadakan pada 12.1.2013 yang lalu adalah "Malaysian Spring" yang boleh mencetus era baru bagi negara ini. Sentuhan bersemangat dari pimpinan rakyat bakal telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat di Malaysia.

2. Sebenarnya kebangkitan dalam bentuk lain harus dijalankan serentak seperti kebangkitan sosial-budaya, kebangkitan rohani, kebangkitan pemikiran dan kebangkitan intelektual, namun perhimpunan yang disemangati oleh keinginan menganjakkan negara dari era kronisme, salahguna kuasa dan rasuah kepada negara yang bersih dari kepincangan uruskelola harta negara adalah suatu yang sangat penting.

3. Pasca HKR 112 akan menjadi lebih mencabar kerana jika ia tidak dituruti menggerakkan kebangkitan yang menyeluruh maka ia tidak akan membawa sebarang makna dan tidak boleh bertahan lama.

4.Kita  percaya dengan kehadiran jutaan rakyat yang datang sendiri tanpa sebarang sogokan dan bayaran pasti akan menjadikan kebangkitan rakyat di negara ini sebagai "Malaysian Spring" yang unik seperti yang ditunjukkan oleh Arab Spring. Rakyat Malaysia telah pun menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam HKR. 

5. Kehadhiran dan penyertaan penuh semangat dari rakyat adalah penting untuk mencetuskan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap masa depan negara.

RAKYAT BANGKIT, BOTA BERUBAH
RAKYAT BANGKIT, PERAK BERUBAH
RAKYAT BANGKIT, MALAYSIA BERUBAH

Manusia Tidak Bertamadun Lagi?

1. Dalam rangka kempen Pilihanraya yang akan hadir ini, sudah pastilah kita akan banyak membuat siaran dalam bentuk kain rentang. Namun rupanya masih ada lagi golongan manusia yang tidak bertamadun di zaman moden ini yang suka merentap kain rentang dan menconteng isi paparannya. Inilah yang saya maksudkan sebagai angkara manusia tidak bertamadun.

2. Amat menyedihkan kerana Allah telah menjadikan mereka sebaik-baik kejadian namun nafsu amarah dalam diri mereka itu sanggup mereka  merendahkannya. Ingatlah semua bahawasanya Alah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian.

3. Justeru, secara ringkasnya saya ingin menyeru dan mengajak diri saya dan kita semua merenungi Firman Allah yang bermaksud dalam surah At Tiin ayat 4-5:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah....

Wallahu A'lam...

Sunday 13 January 2013

Laungan Kata "Rakyat" Di Hari Kebangkitan


1. Kata "rakyat" berkumandang di hari kebangkitan. Malah memang pun hari itu adalah hari rakyat. Kalimat rakyat dirayakan , disanjung , diperkasakan. Rakyat disebut pada slogan berkali kali oleh pengacara , diulang ungkap oleh para pemidato , disebut dalam puisi seorang sasterawan negara , didendangkan oleh seorang artis , dicatat oleh pelbagai kelompok pada kertas dan kain rentang , dicatat dalam 10  pengistiharaan dalam Perhimpunan ,  diperaga pada setiap baju yang dipakai gah untuk melambangkan hari ini , hari rakyat.

2. Memang kalimat rakyat sangat keramat pada hari itu. Suara rakyat  mengegarkan stadium tua yang layak dikembalikan ruh asalnya. Stadium yang melahirkan rakyat dan nusa merdeka. Kebangkitan rakyat yang mengukir sejarah besar , malah mahu melakar episod lebih besar lagi. Lebih bersejarah lagi.

3, Medan itu adalah medan milik rakyat. Tiada siapapun yang berani menentang arus gelombang rakyat ketika itu. Stadium itu seolah ibu tua yang sudah lama menunggu putera dan puterinya yang telah ratusan purnama tidak menjenguk. Disini rakyat diasuh kalimat merdeka. Dibesarkan dengan pesan . Negara ini milik rakyat .

4. Malah seakan kembali disaat 31 hb Ogos 1957 . Merdeka diulang tayang. Dipertegaskan sekali lagi. Kali ini bilangannya selautan manusia. Yang tua bertongkat , yang cacat disorong , yang sakit dipapah, rakyat berbangsa berjalan seiring menuju ke stadium khazanah Negara  . Menapak penuh bangga. Penuh harap. Hari ini adalah hari rakyat. Semua mahu menjadi sebahgian dari sejarah gemilang itu. Mahu diperhitungkan. Biar tidak berpangkat atau bergelar. Yang tua , muda , remaja , yang sudah bersara mahupun yang maseh berkuliah .Cukup dengan kata-kata "Aku ada disana ketika itu! "

5. Angin perubahan dirasai benar. Meniup kencang. Nampak beragam warna , kuning , oren , hijau , merah , hitam melakukan riak gelombang manusia bersama dan berirama. Namun tetap melambangkan diri rakyat yang sejati. Rakyat yang sudah sedia berazam dan nekad. Bukan untuk melampiaskan amuk ganas tetapi untuk menyatakan gelombang ini sudah siap melakukan tsunami kedua. Bermula di ibu kota.

6. Kata Pak Samad, semua menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!. Walau dihalang pada sambutan kemerdekaan untuk rakyat mengalir ke Dataran Merdeka , kini rakyat berhimpun di Stadium Merdeka. Menyatakan tanpa gagap , rakyat tidak mahu menjadi manusia hamba , mahupun manusia ciplak.

RAKYAT BANGKIT, MALAYSIA BERUBAH

Wassalam...

Friday 11 January 2013

Peringatan buat BN/UMNO Tambun - Elakkan budaya Cabut/Rentap Bunting dan Kain Rentang.

1. Salam sejahtera buat semua pembaca budiman.

2. Saya amat berharap Jentera BN/UMNO Tambun bersikap lebih professional dan bijaksana di dalam melakukan tugas-tugas anda di musim pilihanraya yang sudah mula rancak.

3. Saya selaku Ketua Keadilan Cabang Tambun telah menerima beberapa maklum balas daripada Jentera Keadilan Tambun bahawasanya pihak Jentera BN/UMNO semakin terdesak dengan siaran kempen Keadilan melalui Bunting dan Kain Rentang.

4. Apa yang telah berlaku ialah mereka merentap, mencabut dan membuang Bunting dan Kain Rentang yang telah digantungkan oleh Jentera PRU Keadilan Tambun.

5. Jika terdesak, gunalah akal fikiran dan elaklah daripada menggunakan emosi. 

6. Saya hanya memberikan suatu peringatan TEGAS!

7. Satu perkara yang mereka perlu sedar ialah - Kebangkitan Rakyat sedang berlangsung!

Rakyat Bangkit! Tambun Berubah!

Wednesday 9 January 2013

Rafizi Lancar Bilik Gerakan Utama N39 Bota

1. Pilihanraya ke 13 semakin hampir. Gerakerja pilihanraya wajib diaktifkan.PRU13 sangat menentukan. Di pihak PR kemenangan kerusi Dun dan Parlimen di negeri Perak hendaklah dipastikan.

2.Kemenangan Parlimen Parit menyumbang hasrat PR untuk kePUTRAJAYA.Kemenangan Dun Bota dan Belanja menyumbang kepada kembalinya Negeri Perak ke pangkuan PR, setelah dirampas oleh UMNO/BN pada Feb 2009 yang lalu

3. Parti Kedilan Rakyat yang akan bertanding di Dun Bota , bersedia memperkasa jentera PRU13 atas jentera PR akan terus mengembelingkan tenaga bersama PAS -KEADILAN , tanpa belah bagi mengatur gerak amal bagi memenuhi harapan besar kemenangan

4. Justeru pada 14 Januari hari Isnin akan berlangsung Perlancaran Bilek Gerakan Utama N39 Dun Bota di Pekan Bota Kanan. Pelancaran akan dilakukan oleh Sdr Rafizi Ramli,Pengarah Strategi KEADILAN pada jam 9.30 malam.
5. Aturcara seperti berikut :
        7.00 malam         :  Berkumpul di Bilek Gerakan
        7.30 malam         :  Solat Maghrib berjemaah
        7.45 malam         :  Tazkirah & Tayang Video Perjuangan
        8.20 malam         :  Solat Isya & Solat Hajat
        9.00 malam         :  Majlis bermula
- Ucapan Ketua Cabang
- Ucapan Ketua Penerangan KEADILAN Perak
- Ceramah dan Pelancaran Bilek Gerakan Utama oleh RAFIZI RAMLI
        11.00 malam      : Majlis berakhir

6. Semua Jenteran PRU13 dan  pendokong PR Parlimen Parit di jemput hadir beramai-ramai

     

Menolak agama sebagai pemandu politik adalah punca kemungkaran dalam pemerintahan .

1. Kami menegaskan isu Amanat ini bukan sahaja tidak wajar didebatkan seperti yang dilakukan oleh mereka yang ghairah mempertahankan kuasa, malah ia sepatutnya dilihat sebagai pemisah antara faham sekular dan faham Islam. Soal bagaimana politik harus kembali ditundukkan kepada agama adalah isu yang lebih asasi untuk diketengahkan.

2. Kini yang perlu ditentukan ialah bagaimana kefahaman yang salah mengenai politik dan agama perlu diperbetulkan. Menolak agama sebagai pemandu politik adalah punca kemungkaran dalam pemerintahan. Memisahkan agama dari politik adalah punca umat berpecah secara politik kepartian.

3. Kami menuntut agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Jika kesediaan memberi penjelasan terhadap isu Amanat ini mahu diberi oleh Presiden Pas itu, maka hendaklah ia disambut dengan positif. Tidak perlu dikenakan syarat. Dengan itu diharapkan isu ini tidak akan menajamkan lagi persengketaan antara umat.

Thursday 3 January 2013

Rapat Jentera PRU 13 Bersama Rakyat Dun Bota pada 20 Januari 2013

1. Salam kepada semua pembaca yang budiman. Selamat Tahun Baru 2013 dengan semangat Hijrah.

2. Bagi meneruskan agenda perjuangan kita, PKR Cabang Parit akan menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Rapat Jentera PRU 13 bersama Rakyat Bota.

3. Program ini akan diadakan pada 20 Januari 2013 iaitu pada hari Ahad bermula jam 7 petang sehingga 11 malam.

4. Program bakal diadakan di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Dun Bota di Batu 161/2, Lambor Kanan, Bota, Perak.

5. Pada malam ini satu Zikir Munajat akan diketuai oleh Dr Badrul Amin dan akan diadakan satu Kenduri Rakyat sebelum bermulanya suatu Ceramah yang bertajuk - HIJRAH BOTA - KEMENANGAN PERAK.

6. Program dijangka akan berakhir jam 11 malam.

7. Dengan segala sukacitanya saya bagi pihak Keadilan Cabang Parit menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir menjayakan program yang akan diadakan.

Tuesday 1 January 2013

2013 - Jadikan Tahun Rakyat!

1. Saya menyeru kepada semua rakyat Perak menjadikan tahun 2013 dijadikan Tahun Rakyat. Ini penting kerana bukan sahaja tahun ini rakyat akan melalui pilihanraya umum ke-13, malah ia juga adalah detik perubahan untuk rakyat mengembalikan fikrah politik dan pembangunan negara yang lebih baik .

2.Arahtuju negara semenjak permulaan abad ke-21 memperlihatkan rakyat masih berada dalam kepompong feudalisme yang mengekang pemikiran dinamik, merdeka dan matang.

3. Media arus perdana menjadi pembentuk cara berfikir rakyat yang sangat terkongkong. Lebih parah lagi media yang mengguna Wang Rakyat diguna untuk merosakkan pemikiran rakyat. Salah satu pemikiran negatif yang sedemikian lama dipupuk oleh media arusperdana ialah sikap hidup bergantung. Cara hidup bergantung yang sengaja dipupuk selama ini oleh "kerajaan yang memerintah" merosakkan gaya hidup rakyat untuk tidak berfikiran kritikal apabila menilai prestasi kerajaan.

4. Sudah sampai masanya rakyat belajar memahami bahawa kerajaan adalah pengurus dan rakyat berhak menilai semula semada kuasa yang selama ini diamanahkan kepada kerajaan, boleh ditarik balik jika kuasa yang diwakilkan kepada kerajaan disalahguna dan kerajaan yang memerintah menjadi kerajaan pecundang. 

5. Rakyat juga perlu sedar bahawa kepimpinan yang bersih dan bertanggungjawab serta kuat berpegang kepada prinsip agama sangat diperlukan untuk menerajui pemerintahan Negara. Jika tahun 2013 masih melanjutkan kerajaan yang sarat dengan pemimpin yang menyalahguna kuasa; kuasa diguna untuk berlindung dari menghadapi pendakwaan; akan meletakkan Negara pada posisi yang pincang dan tidak dihormati di kacamata dunia .

6. Saya menyeru agar rakyat tidak melepas peluang untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang akan membawa lembaran baru dalam politik Negara.

7. Hijrah Bota! Rakyat bangkit, Bota berubah!